Sunday, 20 December 2015

rentetan produk sepanjang 2015

Sibuk sikit lately ni... igt nk fokus sewing... sekali trace anai2 plak... berlakulah getak kerja... huiii penat...  post ni just nk show up sikit apa yg saya dah jahit ... sesambil tu..
Hujung2 thun ni biasa la... cover rph... pencil case .... colour pencil roll... jom layan.....

Yg ni toto n bantal princess untuk puteri kesayangan... marissa nur zahra

Next.....
Yg ni bukan jahitan tau  decoupage.. talam birthday

Cover laptop

Cover rph. Thun ni but lain cikit. Pakai batting


Pencil case

Face mask... tak menang tgn masa jerebu ritu..


Beg rph

Pad pouch

Cover hanset

Colourpencil roll

Dan byk lagi.... semua dah bertuan tau... klau nak kena order la... bleh

 wassap/telegram
 0125756338


Ig 
hananzahrahandmade

Fb
Princess pink sakura..


Saturday, 28 November 2015

Sunday, 4 January 2015

mula nak bersiaran semula 2015

dah bersawang blog ni... tengah tekun menghasilkan projek masa cuti. sekarang dah berlabel kerja tangan saya...
 Memperkenalkan Hanan Zahra Handmade... nnt saya post ye hasilnya... for fast response.. boleh pm atau telegram saya terus...  012 5756338 atau 01133857701
fb : Ismi Zahra

Monday, 18 November 2013

pendidikan inklusif


Definisi Pendidikan Inklusif

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Abdul Rahim Selamat, 1994). Dalam erti kata lain, pendidikan ini melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka (Kamariah Jalil, 1995).

Pendidikan Inklusif di Malaysia

Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah istilahnya, dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah "Program Percantuman’ atau ‘Integrated’ telah digunakan. Negara Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi Adam, 1997). Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, masalah pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau program pendidikan inklusif. Pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.

 Program Pendidikan Khas Integrasi
Program Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid berkeperluan khas.

 Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing).

Inklusif Penuh
Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

Inklusif Separa
Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas

Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita.

Peristiwa ‘Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986’ telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:

  • Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun
  • Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial.
  • Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun.
  • Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.

Akta perundangan dan dasar antarabangsa mengenai Program Pendidikan Inklusif (PPI)

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan, sekolah biasa yang mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling berkesan bagi melawan sikap diskriminasi terhadap murid keperluan khas. UNESCO menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa.

Di Amerika Syarikat, sokongan terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI) mempunyai sejarah yang agak panjang. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-kanak Cacat 1975, kemudian bertukar nama menjadi Akta Individu Kurang Upaya (IDEA) 1990, dan beberapa pengubahsuaian pada akta ini pada tahun 1997. Semua akta ini memastikan khidmat pendidikan disediakan untuk semua murid, tanpa mengira sifat kurang upaya atau keperluan pembelajaran mereka, dan bahawa ciri pelajaran ini agak tekal di seluruh Amerika Syarikat.Di Great Britain, perundangan kurang terperinci berbanding perundangan di Amerika Syarikat, dan ini membolehkan pihak berkuasa pendidikan mentafsir undang-undang ini dalam pelbagai cara (Dyson dan Millward, 2000). Di Australia dan New Zealand, tiada perundangan yang bersifat kebangsaan yang dapat menentukan secara khusus, perkhidmatan pendidikan khas bagi memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas.


Strategi Pelaksanaan

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan pengajaran. Bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan khas yang berada di dalam kelas, guru mata pelajaran akan membuat penyesuaian. Keadaan ini akan mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid normal pula. Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) akhirnya, tidak memberi apa-apa kesan positif kepada murid berkeperluan khas. Malang sekali jika murid-murid normal turut rasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka (Gargiulo, R.M. 2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan PPI di kalangan murid-murid berkeperluan khas, maka satu garis panduan yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang mempengaruhi pelaksanaan program tersebut.


Jenis-jenis pelajar masalah pembelajaran
  • Lemah dalam pelajaran - "Slow Learner"
  • Autistik
  • Down Syndrome
  • Terencat akal ringan.
  • Hyperaktif
  • Cerebral Palsy
* Pelajar ini mestilah boleh menguruskan diri seperti makan, berpakaian dan ke tandas sendiri.

Tenaga pengajar
Peranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas (guru pembimbing) dan Guru mata pelajaran dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah:
  • Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif
  • Merancang dan melaksanakan penilaian.
  • Dedikasi dan komitmen yang tinggi.
  • Layanan dan bimbingan yang adil.

Kemudahan asas untuk pelajar khas
  •  Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal.
  • Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP walaupun berada di sekolah menengah.
  • Bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan Jawatankuasa akademik.
  • Bahan rujukan/peralatan tambahan - atas kebijaksanaan/ inisiatif pihak sekolah.
  • Bilik resos - perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu dan kaunseling.

Pengurusan
  • Menyelenggara alat bantu dengar berfungsi dengan baik
  • Memastikan semua murid memakai alat bantu dengar
  •  Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai
  • Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan
  • Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat, pendidikan dan pengetahuan kepada murid bermasalah pembelajaran.

Kelas bimbingan dan aktiviti-aktiviti tambahan
  • Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan umum. 
  • Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga murid supaya dapat membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah.
  • Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi.
  • Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di sekolah.
  • Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah.

Saturday, 28 April 2012

peminat fanatik upin n ipin yang penakot







peminat  la konon.  tgk dari jauh je... bila dekat menjerit takut... mungkin tgk apin n apin dekat sangat kot

Tuesday, 20 March 2012

dah lama tak bersiaran...

sorry dah lama tak bersiaran....sibuk sikit baru2 ni dengan kursus dan wedding adik... nnt saya update pelamin yang saya buat..
opps sebenarnya bukan pelamin.. bilik tidur

Tuesday, 20 December 2011

lagi produk bayi

nnt kan beberapa lagi produk bayi .....  akan menemui anda...

antaranya

  1. sarung bantal dan sarung tilam.  (set tilam bayi berdasarkan request)
  2. bedung bayi
  3. selimut bayi 
  4. barut bayi
  5. baju kurung dari bayi hingga 3 tahun (bergantung pada permintaan) 
  6. baju melayu dari bayi hingga 3 tahun (bergantung pada permintaan)
  7. dress labuh bayi hingga 3 tahun (bergantung pada permintaan)
  8. dan lain lagi
gambar akan diupdate dari masa ke masa.

untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi saya...
Tel: 0125756338 (Pn Marzuita)